29.11.10

Journey to Langkawi



1st Day

Hari pertama sampai di Langkawi. Mase dekat jeti Kuala Perlis orang semua bersesak nak naik feri. Sampai je dekat jeti Kuah aku tengok suasana tenang je. Tapi ramai orang juga dekat shopping area. Yela,tau la semua barang duty free. Mak dengan abah aku sibuk nak berjalan dekat jeti Kuah, termasuk la dengan adik-adik aku, nenek aku tak terkecuali. Makan dekay jeti tu sumpah mahal gila. Makan nasi letak ayam satu dengan air RM8.50. Gila wei. Pukul 2 aku pun naik la teksi menuju ke Berjaya Beach Resort. Kena la bayar RM40. 45 minit perjalanan dari jeti sampai resort. Jalan dia sumpah aku pening.

Sampai je aku dekat Berjaya Resort aku tengok cantik betul tempat ni. Luas dan menarik. Aku pun terus la lapor diri dekat office. Dah settle semua aku pun naik la shuttle yang disediakan untuk pekerja untuk balik ke hostel. Untung la satu bilik 2 orang je. Takde la sesak sangat dalam bilik. Roommate ok. Aku tak sangka betul. Masuk je dalam bilik,aku tengok ade TV,peti sejuk,dvd player sekali dengan speaker besar. Gempak gak mamat ni.

Sekarang masa untuk rehat. Esok orang dekat office tu suruh aku datang pukul 9. Boleh kot aku bangun pagi,hahahaha. Ok la,penat gila ni. Bye !

29.10.10


Tidak lama lagi tempat ini akan ditinggalkan dan meninggalkan seribu kenangan !!

25.10.10

Akhir pengajian !!



1. Rindu rasanye dekat blog aku ni,tapi bile update ntah ape ntah aku update. Sebenarnye nak cerita yang diploma aku ni dah nak sampai ke hujung pengajian. Agak sedih gal la nak tinggalkan kampus ni. Terasa sekejap sangat da nak abis belajar. Dulu mase dapat surat tawaran terasa lame giler kene study diploma sampai 3 tahun. Tapi bile dah masuk terasa sekejap 3 tahun. Sekarang dah sampai hujung semester 5. Next semester dah kene pegi praktikal.Takut gak la wei.


2. Mesti korang nak tau kan dekat mane aku praktikal.Aku berjaya meyakinkan Berjaya Resort Langkawi untuk ambil aku. HAHAHHA (ketawa setan). Aku pun tak tau nanti macam mane aku dekat sane. Dah la dieorang bagi aku dekat Front Office dgn Sport&Recreation. Jangan risau madam Shera,i takkan kecewakan u. kihkihkih..

3. Nanti bile dah start praktikal dekat sane aku akan cerita benda yang best dekat korang. Tu pun kalau ade la. Ok la,nak main bola. Bye !

p/s ; sape nak barang2 murah bagitau aku...

15.5.10

Youth 2010




Jom la kita pergi ramai2 ke PWTC pada 28 may-30 may. korang boleh check kat www.theyouthfestival.com untuk lebih keterangan..

Kekecewaan...



Aku percaya semua rakyat Malaysia kecewa + bengang dengan prestasi skuad Malaysia masa separuh akhir piala th0mas lawan dengan China. Tapi nak buat macam mana China lg bagus dari kita. Macam mana pun skuad kita da cuba sehabis baik dan aku tabik dengan dieorang. Lain kali kita boleh cuba lagi. Terima kasih untuk skuad kita sebab dapat main sampai separuh akhir...


p/s: next piala th0mas,aku yg gnti Lee Chong Wei..hahaha

16.3.10

Coming Back to papa!!!

selepas 6 hari aku dapat balik laptop aku dari unit keselamatan...rindu giler wei kat laptop aku. tu je kot aku nak cerita..hahaha. lain kali cerita lagi la..

11.3.10

Cecair Menguasai di Dalam Otak

Pejam celik dah masuk bulan ketiga aku start semester 4 dkat UiTM ni. Bile pikir2 balik final da makin dekat, silibus x abis lg. yg ticketing aku blom dapat catch up sepenuhnye lg. dengan macam2 masalah kat sini. aku pun x paham macam mane aku boleh terlibat ngan benda ni semua. pening dibuatnye.



p/s : wei..pulangkan balik laptop aku